http://img3.naijapals.com/emot/love.gif>

Thursday, 11 June 2015

Bahagia Di Dalam Jiwa

Keadaan sukar ditafsir,
Begitu juga perasaan orang, 
Setelah menghadapi konflik selama 2 tahun,
Tahun ini juga baru ku temu penyelesaian.

Bulan Februari, 

Bulan penyambungan semula,
Selepas masing-masing membawa diri, 
Dan mencari ketenangan di kala keresahan,
Hati perlu bersabar demi mencari kesenangan,
Hati perlu kuat untuk menghadapi segala kesulitan,
Jika tiada hati, pasti manusia tidak akan jadi begini.

Hati tidak perlu disalahkan,

Sepertimana pepatah mengatakan
"Ikut hati, mati"
Hati dan Akal perlu seiringan.
Andai Akal mengatakan Ya,
Adakah hati juga akan mengatakan Ya?

Kesayangan hamba hadir kembali dalam jiwa,

Memang selama ini dia yang bertakhta, 
Tiada siapa selain dia,
Berdoa supaya dia menjadi Imam ku,
Akan ku sertakan Puisi Sajadah Cinta untuk mu, Muz...





Cintailah Saya Sepertimana Lebihnya Awak Mencintai ALLAH yang Satu,
Janganlah Awak Lupakan Saya Sepertimana Amanah ALLAH,
Menunaikan Solat 5 kali Sehari.
Rinduilah Saya Seperti Rindunya Awak Pada Rasulullah s.a.w.
Hargailah Saya Sepertimana Awak Hargai Masa Ibarat Emas,

Dan Awak kena Ingat


Jangan Pernah Putus Hulurkan Kasih Sayang Awak Kepada Saya Sepertimana Sayangnya Awak Kepada Kucing.



Thursday, 18 December 2014

Buat kau FAR.......

Entah apa yang berlaku sekarang ini
Tiada idea tentang masalah yang berbukit
Cuba untuk selesaikan tapi bagaikan tiada penyelesaian
Masing-masing buat haluan secara asing

Yang dahulunya rapat
Kini menjadi renggang
Telah aku tanya
Tapi jawapan dibalas tanpa suara
Senyap begitu sahaja
Salah siapa....

Bagaikan tiada semangat dan harapan
Tiada jalan untuk bergerak bagai hembusan angin
Bebas ke kiri dan kanan

Akal fikiran mati setiap masa
Cara apa lagi perlu dilakukan
Andai kebal dengan semua langkah
Langkah terus melangkah tanpa berhenti
Sampai ke penghujungnya

Yang tiada cahaya di depan
Yang tiada jalan mati di hadapan
Teruskanlah andai itu yang kau mahukan....

Poem Sadis

Dikala ini
Mataku memandang tulisan
Tetapi fikiran mengenagkan kesilapan

Sahabat rapatku Azie
Suatu masa dahulu
Kau dan Hanif aku yang cadangkan
Aku dan Muz masih bersama

Tapi aku kecewa
Aku menganggap kau sebagai teman rapat
Kongsi segala rahsia yang aku lalui
Cerita dari permukaan hingga ke dasar
Tetapi kau menganggap aku sebagai pencerita sahaja
Bukan teman rapat kau

Bukti yang kau tunjukkan
Sikit pun aku tak tahu hubungan kau dengan Hanif
Betapa kecewa aku disaat itu
Aku mengharapkan kau berkongsi dengan aku
Tapi bagi kau, aku bukan orang yang tepat

Bila aku sedar
Sepatutnya aku perlu dan harus pergi dari hidup korang semua
Hanif, kau dan Muz juga
Walaupun Muz tak bersalah

Sekali lagi kau datang mencari aku
Mesej seperti mahu meminta maaf
Tapi aku perasan bahawa cara kau tak ikhlas

Bila aku dalam keadaan stress
Malah kau bengang dengan aku
Aku diam tanpa kata
Biar keadaan reda sementara
Tapi kau tetap membalas satu persatu
Aku sangkakan walaupun kau bukan teman rapat
Tapi sekurang-kurangnya kau perempuan
Yang boleh memahami orang perempuan yang lain

Ternyata Azie tidak
Kedua kali aku rasa sangat kecewa
Untuk kali ketiga tidak akan aku benarkan
Tapi kini aku bahagia melihat kau dan Hanif

Bahagia aku kerana kau satu-satunya kawan yang aku berjaya satukan
Sangat bahagia
Dan aku harap andai suatu hari nanti
Aku tak pakse kau untuk mencari aku semula
Kerana aku rasa tak perlu untuk kita menjadi seperti dulu
Aku terima walaupun semua kesalahan aku
Wasalam.... 

Thursday, 11 December 2014

#kenangan

Lagu mengingatkan setiap perkara
Bersama harungi ombak dan badai
Kadang terasa sepi
Lalu menitis air mata
Tiada siapa yang sudi menahan air mata ini

Perasaan tak dapat diungkap dengan kata-kata
Tak dapat dibaca dengan tingkah laku
Duduk terkaku membatu sampai bila-bila
Bila jalan tidak dirasakan berada di mana
Jasad di sini, Roh di sana, Fikiran entah di mana

Tatkala terbangun dari mimpi
Mata meliar keadaan sekeliling
Memastikan masih dalam mimpi atau alam pasti
Sudah tentu pasti.

Mimpi 3 Pagi

11/12/2014
Kena cerita dari mula kalau tak nati tak paham..
Macam ni citer dia.. Hari ni aku makan tomyam bungkus kat kedai din tu... Sebab lame da tak makan dari aku first year study kat sini...

Padahal aku tahu da yang perut ak ni memang tak boleh tahan dengan tomyam kedai tu.. Tapi ak pikir positif bahawa mungkin citer lame kan.. So ak makan la tomyam tu... Time tido tu ak tak lena pon sebab perut meragam sokmo kruk krak kruk krak....


Sebelum ak bangun untuk membuang/melabur ke toilet...


Ak bermimpi budak lelaki yang ak gaduh sekarang ni dia jadi suami ak.. Aku agak trauma mengenai mimpi pukul 3 pagi ni.. Sebelum ni aku mimpi pukul 3 pagi mesti jadi betul mcm aku mimpi arwah akak aku tuh... pun 3 pagi gak...


Dalam mimpi tu ak dengan farid ni dah kawin.. lau tak silap aku baru sebulan kot kawen. then hubungan kami time tu mcm ada salah faham.. tak baik sangat la...


Aku ada sorang kawan perempuan ni dlm mimpi tu.. aku tak kenal pun perempuan ni tapi ak label dia ''G'' ea... senang nak taip.. tapi mase tu ak mcm bestie dia la.. ak knal dia after ak kawen dgn farid tu.. tp ak mmg x tau yg dia tu kawan farid.. N ak tak tau pun yang diorang tu ada agenda nak rapatkan hubungan aku dengan farid yang tengah bergolak tu.. aku kua jalan dgn ''G'' ni ke taman la kot.. ala ala ada kolam air and tasik tu... ak cakap la kat dia... 

wah... mesti bestkan tempat ni kalau tempat kua dating... rase tenang je... tp time tu ak tak ada citer pon dgn ''G'' pasal masalah ak dgn farid.. 

Pastu ak dgn ''G'' ni g la hujung corner tu dimana ada tasik.. Duduk la kat situ kejap tengok air yang mengalir.. sambil tu ak berangan date dgn owg tersayang kat situ...

tanpa diduga tetibe si farid ni datang... ak pelik mane farid tau yang ak ada kat sini? si ''G'' tu pun blah gitu je.. so ak paham upene diorg tu mmg kawan.. ak berdiri la kan.. rase speechless.. dlm fikiran ak ckp (jadi betul ke permintaan ak bila nak dengan org tersayang kat tmpt ni)

aku tertunduk berdiri mengadap farid.. farid hulurkan tangan dia untuk pegang tangan ak.. aku biarkan je la.. sebab time tu halal da so aku biarkan je la.. paham paham je la bila org lelaki pegang tangan kita kan.. msti rase something..


farid ckp kat ak.. '' ni kali kedua saya pegang tangan awak'' sebelum ni kali pertama saya pegang mase upacara pembatalan air sembahyang yang lepas.

ak rase touch giler n cair.. 

So ak bangun arh sbb ak rase mcm tak nak teruskan mimpi tu.. perut ak memang tak boleh tahan lagi da... memang tak la kan ak nak smbung balik mimpi tu.. ak mmg tak nak tahu kesudahannya.. biarkan lah rahsia.. pastuh ak g berak la ape agi kan.. hahaha


tapi ak mmg tak puas hati siot.. aku taknak kawen dgn dia weyh,,, sbb ak  nak kawen dengan muz... satu hari tu ak dok chat je dgn muz je tw... xda sape pon.. dia je... 

yang ak peliknya nape farid ni masuk dlm mmpi ak? pkul 3 pagi lak tu?
kata org kalau kita rindukan org tu,, dy akan masuk dlm mmpi kita...
tapi msalahnye ak tak rndukan dia langsung pon...
seyes weyh ak mmg xda hati nak kawen dgn dia... ak nak kawen dgn muz... waaaaa.....

smpi sekarang ak xdpt jawapan nape farid bley msuk lam mmpi.. lau org lain ak bley trime sbb ak xknal pon.. kalau muz yg dlm mmpi tu mmg bahagia la aku setiap mase... ahaha

tapi sebaliknya... hurmmm....

aku tak tahu ape percaturan yang dah ditentukan oleh Allah untuk aku... andai takdirnya begitu.. Aku terima dengan redha ya Allah.. Tapi kau tolonglah bimbing hati aku supaya dapat bersabar dengan dugaan mu ini.. dan aku dapat terima ketentuan mu ini Ya Allah... Redha....

Saturday, 11 October 2014

Sastera Puteri Katak

Perasaan kadang-kadang amat menyakitkan,
Antara sedih,duka dan tangisan,
Andai begini jawab nya bagaimana untuk ke jalan seterusnya?

Senyumannya bagaikan mengIAkan semua perkara,
Cair tatkala memandang dari muka ke muka,
Bagaikan dari mata turun ke hati, 
Mungkinkah akan bersatu kembali?

Perbuatannya bagaikan menunjukkan sesuatu harapan,
Harapan yang sentiasa aku harapkan darinya, 
Seumpama cinta dilautan terombak dek angin yang meniup,
Bergelora disaat diri masing-masing mengharapkan sesuatu.

Tetapi senyap tetap sunyi,
Dan sepi menemani tanpa kata-kata,
Jawapan yang nanti telah ada jawapan di hati,
Mekarnya sebuah cerita tanpa skrip dan pelakon,
Tiada siapa yang akan menduga begini jadinya,
Dan bahagia yang dicari telah ku temui.

Bermula dengan tanda soal,
Kini berakhir dengan koma dan titik noktah,
Aamiin ya rabbal alamin.......


Saturday, 5 July 2014

Hurmmm... Sedih Laaa....

Ape boleh buat dia tak nak kat aku da...Kadang kadang hidup kita ni vice versa.. Bila kita nk kat dy,, dy plak yg xnk kat kita kan,,,,,
Sabar je la and jgn jadi perigi cari timba... Mak ckp jgn jadi muke tembok.

Kdg kadang sedih bila tgk dia bahagia dgn kawan kawan yg lain... Tapi hak kebahagian diri masing2 kan.. Kita sendiri ada msanya bahagia dan sedih.. Cuma kita boleh ke tak hadapi sume tu??

Hurm.. biasnya bila nak exam aku balik uma  jmpe family... sbb bila balik ruma tgk muka mak ayah kita,,,,kita rasa tenang sangat.. nk jwb exam pun senang.. tp kali ni... hawa tak sempat nak balik mak.. yg hawa mintak mak doakan hawa bia dpt jwb soalan dgn baik wlwpon dlm keadaan rndu, sebak dan sedih... nak buat mcm mane? hanya telefon je la yg dapat.

tp lagi sedih kalau aku tepon xda org angkat.. rasa hari tu jugak dunia aku gelap.. sepi dalam rindu bila hati memerlukan seseorang untuk meluahkan kata2 dalam hati..

bila hati ni kata ''nangis je'' tp aku xboleh.. sbb kalau aku nangis bermakne aku kalah dgn dugaan ini sebelum habis exam.. tp mak~~~~~

mcm sume bnda yg berlaku kat sni nak selalu update dgn mak setiap hari.. mcm hawa update cter dgn arwah akak dulu.. tp sekarg lain...