Entah apa yang berlaku sekarang ini
Tiada idea tentang masalah yang berbukit
Cuba untuk selesaikan tapi bagaikan tiada penyelesaian
Masing-masing buat haluan secara asing
Yang dahulunya rapat
Kini menjadi renggang
Telah aku tanya
Tapi jawapan dibalas tanpa suara
Senyap begitu sahaja
Salah siapa....
Bagaikan tiada semangat dan harapan
Tiada jalan untuk bergerak bagai hembusan angin
Bebas ke kiri dan kanan
Akal fikiran mati setiap masa
Cara apa lagi perlu dilakukan
Andai kebal dengan semua langkah
Langkah terus melangkah tanpa berhenti
Sampai ke penghujungnya
Yang tiada cahaya di depan
Yang tiada jalan mati di hadapan
Teruskanlah andai itu yang kau mahukan....
No comments:
Post a Comment